selepas terawih

Malam ini selepas terawih, hatiku teringat sangat orang2 yang amat kusayangi yang telah meninggalkan dunia fana ini..........

  • Tahun 2007 Hajah Halimah iaitu ibu kepada abahku , ku panggil Tok Limah telah meninggal dunia pada tanggal 23 Jun.
  • Setahun berikutnya 2008, Sheikh Ahmad Firdaus, abah kepada 3 anak sedaraku, suami kepada kakakku yang kuanggap seperti abang kandungku sendiri kembali ke rahmatullah tanggal 1 Jun.
  • Pada penghujung tahun 2008 sekali lagi ku dikejutkan dengan berita ibu saudaraku Hajah Saadiah yang kuanggap seperti ibuku juga kembali menemui yang maha Esa. Beliau kakak sulong ibuku.
  • 2009 sebaik sahaja aku berkhidmat di sebuah institusi awam berdekatan kampungku, tok sebelah ibu , ku panggil Tok Som mengikuti jejak adiknya, cucu kesayangan dan anaknya yang tercinta kembali ke rahmatullah pada tanggal 15 Jun.

Ya Allah Aku amat merindui mereka semua......Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan bahagia di alam sana.

************Rahmat di sebalik Dugaan**********

"Kedamaian & ketenangan hidup merupakan harapan setiap insan, bahkan jiwa manusia menginginkan agar kesenangan itu abadi dalam kehidupannya. Tidak selamanya langit itu cerah, kadang-kadang mendung mewarnai perjalanan hari, kerana ia merupakan permintaan satu ketentuan. Begitu juga dalam kehidupan insan bahawa setiap penderitaan, dugaan dan kesengsaraan merupakan ketentuan Ilahi yang harus diterima dengan hati yang jernih" (Kasmuri Selamat, 1998)

" Kita Adalah Milik Allah dan kepada Nyalah Kita Akan Kembali" (Al Baqarah:155)

Asmaul Husna