*...* Ketahui...


Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah

hati akan menjadi tenteram

dosa akan diabaikan

Allah kan menjadi Ridha

Tekanan hidup akan terasa ringan


*

**

***

****

*****

Ketahuilah bahawa kesusahan itu

akan membuka pendengaran dan penglihatan

menghidupkan hati

mendewasakan jiwa

mengingatkan hamba

& menambah pahala

*

**

***

****

*****

Ketahuilah bahawa kesabaran itu akan mengubur aib-aib

ketabahan itu akan menjadi penutup bagi kekeliruan

dan kedermawanan itu adalah pakaian yang besar

yang akan menutup semua kekurangan dan kecacatan

*

**

***

****

*****

Fikirkan hal-hal yang paling hebat

Dan engkau akan menjadi terhebat

Tetapkan akal pada hal tertinggi

Dan engkau akan mencapai yang tertinggi









Asmaul Husna