2010 First Quarter

So long i m not updating this blog...is't overlook or overloaded with core works & adhocs works?....Latter is the main reason..i think so..like finance people always consider "agency problems". May be.. I think I m. The only medicine to this when we put all our responsibilities & intergrity ONLY for Allah s.w.t. Regardless the situation is, to HIM we should put rely on..

BAHAGIA

Petikan kata-kata Dr. H.M. Tuah Iskandar Al-Haj
dalam Bukunya MEMBINA PERIBADI ANGGUN
tentang BAHAGIA.

"BERUSAHALAH UNTUK BAHAGIA
TETAPI USAH TERLALU MEMBURUNYA
HINGGA MENGORBANKAN SESUATU
YANG TELAH SEDIA MEMBAHAGIAKAN KITA
BAHAGIA DI MATA ORANG,
BUKAN SEMESTINYA
BAHAGIA DI MATA KITA.
LANTARAN UKURAN BAHAGIA
TIDAK PERNAH MENJANJIKAN
DARI APA DAN SIAPA,
MAKA SYUKURILAH
KEHIDUPAN YANG SEDIA ADA.
KITA MELANGKAH
TATKALA BAHAGIA
HANYA BEBERAPA LANGKAH
DI HADAPAN DAN
KITA MENGAMBILNYA
TANPA PERLU MERAMPAS
DARIPADA SESIAPA.
BAHAGIA ADALAH MILIK SETIAP ORANG
YANG TELAH BERSEDIA UNTUK MERASA BAHAGIA."

Rahsia Surah Al-Kausar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan, iaitu:

  1. Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
  2. Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.
  3. Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
  4. Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
  5. Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
  6. Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
  7. Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t . akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.


Perkara yg baik kita amalkan selalu. Waallahualam

(Imam Khalid, Solehah.net)

Sebenarnya hati ini cinta kepadaMu

Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga
Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu takkan ber bunga
Ku cuba menghulurkan
Sebuah hadiah kepada Mu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri
Ku cuba menyiramnya
Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga kausar
Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmat Mu
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu ya Allah
Tuhan hadiahkanlah kasih Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada Mu
Moga ku tahu
Syukur ku hanyalah milik Mu
(Sesungguhnya, Raihan)

Fikir-fikir

Setiap saat kita diuji.
Setiap detik kita diperhati.
Setiap lafzah fizikal dan persekitaran kita terus berubah dengan pesat. Keseimbangan hanya akan tercapai apabila kepesatan itu seiring dengan kepesatan pembangunan unsur rohani, emosi jua intelektual.
Bersediakah kita untuk mengharungi cabaran dan arus deras dari segenap ruang?
(7kilas)

ITS FREE



Prayer is a FREE outgoing call to ALLAH


No network or battery problem, always good signal & all messages sent.




So Dont MISS ur prayer k!


Selamat Bertarawih :)




Sembang - sembang sihat

Watak : Aku & kawan baik aku
Lokasi: umah kawan baik aku
Topik: macam2 termasuklah Gaya Hidup sihat

Ahad, 23 August 2009

Sebaik duduk di sofa, di kelilingi anak2nya sedang bermain, kawan aku mula bicara..

Kawan baik aku :
Dalam musim2 hujan ni, ati risau gak yelah mudah terdedah dengan hujan...hujan pulak dah polluted, dipenuhi asid..di + dgn H1N1...Antibodi mesti kuat...kena bina perisai...bukannya hendak menidak takdir, kalau diberi ujian sakit kena terima gak tapi mesti berusaha gak bina benteng pertahanan diri !

Aku:
sekadar mengangguk...(hidung terasa berhingus, baru saja redah hujan ). Dalam ati risau gak kang demam lak.

Kawan baik aku:
Mcm mana kerja baru? Mak Ayah sihat? la ni dok p jogging dak? makin sihat hang ni aku tgk..(sambil menepuk kedua2 bahu aku)

Aku:
Alhamdullilah sihat..depapun sihat.mmmmm lama dah tak g joging...x dak member la. (mengeluh)

Kawan baik aku:
itulah penyebabnya!!

Aku:
(terasa nye ati ni)

Kawan aku:
kurang exercise, makanan pun tak kawal..macam mana nak optimum kesihatan.....(sambil geleng kepala).

Aku:
setakat ni aku sihat! Alhamdullillah..

Kawan aku:
Bukankah baik kita mencegah sebelum dapat sakit tu! (masih berkeras hujahnya)

Aku:
(mula bersin, agak nya kena ujan tadi. )

Kawan aku:
Tengok! Baru kena ujan sikit dah nak selsema

Aku:
I'm ok ! (aku pulak berkeras..cuba fikir positif )

(Memandangkan lama tak jumpa, pelbagai topik dibualkan. sedar tak sedar 2 jam berlalu. Aku minta diri dulu sebab dah janji ngan mak berbuka dgnnya.Tapi sempat member bg buah tgn...jus Herba hasil extrak 23 jenis Herba. "INDRA". )

Member aku:
Cubalah ! Mak Ayah pun boleh minum. Bagus untuk kesihatan! Amalkan selalu. Nanti akan nampak kesannya

Aku:
Terima kasih banyak2lah. Susah2 jer (Dalam ati ..rezeki )


(On the way back to Tasek Gelugor, sempat2 gak aku belek2 botol jus ni! Halal product approved by Msian Govt., ooohhh made in Toronto, Canada..Dalam ati ....mmmm aku masih duk kumpul khasiat herba2 yg ada kat kg aku..rupa2nya kat luar negara diaorang dah kaji bukan sekarang silap2 sebelum aku lahir... bukan satu herba tapi campuran 23 herba..so amazing!! Aku harap Malaysian pun boleh produce satu campuran jus herba)

Asmaul Husna