Bismillah Miliki Pelbagai Kelebihan



Ayat Bismillah mempunyai pelbagai kelebihan dan keutaman tersendiri.



Disebutkan di dalam hadis yang bermaksud :
" Bahawa sesuatu perbuatan yang baik tanpa dimulai dengan Bismillah maka ia akan terputus dari rahmat Allah s.w.t. "



Dalam satu hadis lain juga dinyatakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Tiada seorang hamba yang mengucapkan Bismillah kecuali Allah s.w.t. memerintahkan malaikat yang bertugas mencatat amal manusia untuk mencatat dalam buku amalannya 400 kebaikan."


Selain itu sesungguhnya Bismillah mempunyai pelbagai khasiat lain.


Antaranya adalah :-



01. Barang siapa membaca Bismillah dan diikuti dengan lafaz, maka dia akan dihindarkan daripada 70 musibah, kesusahan, penyakit akal dan bebal.


02. Sesiapa yang mengamalkan membaca Bismillah sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya dia aman dan bebas daripada syaitan, kecurian. maut yang mengejut dan sebarang bencana.

03. Barang siapa membaca Bismillah ketika hendak bersetubuh (jimak) maka anaknya kelak akan menjadi orang yang cerdas dan terbuka hatinya sehingga anak-anak yang soleh.


04. Jika didapati seseorang yang sedang pensan, maka hendaklah dibacakan Bismillah sebanyak 41 kali pada telinganya, insya-Allah, dia akan sedar dan kembali siuman dengan serta merta.


05. Sesiapa yang membaca Bismillah sebanyak 313 kali dan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. sebanyak 100 kali pada hari ahad di saat matahari terbit dengan mengadap kiblat. maka Allah s.w.t. akan menganugerahkan rezeki tanpa diduga sama sekali.


06. Seseorang yang membaca Bismillah sebanyak 786 kali lalu ditiupkan pada air sebelum diberi minum kepada seseorang yang bebal selama tujuh hari sebelum matahari terbit, maka akan lenyaplah kebebalannya dan insya-Allah dia akan mudah hafal terhadap apa yang didengarnya.


07. Sesiapa yang membaca Bismillah sebanyak 50 kali dihadapan orang zalim atau penguasa yang bengis, maka dia akan segera tunduk atau ketakutan.

08. Barang siapa menulis Bismillah 101 kali lalu diletakkan di sawahnya, maka insya-Allah sawah itu akan menjadi subur dan terjaga daripada sebarang bencana.

09. Sesiapa yang menpunyai hajat kepada Allah s.w.t maka sebaiknya dia berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat. Kemudian pada hari Jumaat itu, dia mandi sunat dan berwuduk sebelum berangkat untuk sembayang Jumaat dengan bersedekah semampunya.


Selepas sembayang Jumaat,

Dia hendaklah membaca satu doa yang bermaksud :


Ya Allah,




Sesungguhnya aku memohon kepada-mu dengan nama-Mu,




dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,




yang tiada Tuhan melainkan Dia,




yang mengetahui yang ghaib dan yang terang,




Dialah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.









" Aku mohon kepada-Mu dengan namu-MU




dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,




yang tiada Tuhan melainkan Dia,




yang hidup dan tidak pernah mengantuk




apa lagi tidur (sampai akhir hayat).




Dialah yang penuh kebesaran-Nya di langit dan di bumi.









" Dan aku memohon kepada-Mu dengan nama-Mu,




dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,




yang melutut kepadanya setiap wajah,




tunduk kepada-Nya riqab (tengkok)




dan khusyuk bagi-Nya setiap hari kerana terlalu takut,




dan mengalir kerana-Nya air mata,




berilah selawat serta salam,




kepada penghulu kami Muhammad s.a.w. keluarga dan sahabatnya,




dan berilah kepadaku apa yang ku hajati,




tunaikanlah apa aku hajatkan ....... "









Insya-Allah apa yang menjadi hajatnya pasti akan dikabulkan oleh Allah s.w.t. dengan segala keizinan dan keagungannya.









10. Bagi seseorang yang ingin sentiasa dilapangkan dan dipermudahkan rezekinya serta mempunyai keberkatan luar biasa, disegani dan dimuliakan oleh makhluk, maka hendak membaca Bismillah sebanyak 66 kali dengan memanjangkan lafaz jalahannya dan membaca












doa yang bererti :
" Ya Allah, bukakanlah bagiku pintu rahmat-Mu dan kurniaMu serta rezeki-Mu. Curahkanlah keatasku perasaan reda kepada-Mu dan bertakwa kepada-Mu. Mudahkalah untuk memperolehi rezeki-Mu dani sekalian makhluk-Mu, sesungguhnya Engkau berkuasa ke atas setiap sesuatu"









11. Untuk mengubati sesuatu penyakit, boleh diikhtiarkan dengan menulis Bismillah sebanyak 66 kali lalu diberi air diberi minum kepada orang yang berpenyakit dan orang yang terkena cubaan.









12. Untuk mengubati sakit pening pula hendaklah ditulsikan lafaz Bismillah sebanyak 21 kali ke atas kertas lalu dikalungkan kepada orang sakit kepala itu.





13. Bagi orang yang mengharap supaya hajatnya dikabulkan oleh Allah s.w.t. dia hendaklah membaca Bismillah selesai sembahyang Asar pada hari Jumaat dalam keadaan suci dari hadas dan najis dan menghadap kiblat sehinggalah matahari terbenam. Kemudian, mohonlah kepada Allah mengenai hajat yang dimintanya, insya-Allah dengan semalam kemurahan dan sifat Rahman dan Rahimnya akan dikabulkan Oleh Allah.












14. Barang siapa yang menulis lafaz Bismillah sebanyak 50 kali dengan huruf jawi lalu dibawa dan pergi ke depan orang zalim, maka dia kan terhindar daripada sebarang niat jahat itu. Ketika menghadapnya, hendaklah dia membaca Bismillah sebanyak 50 kali pula.





Petikan Dari Metro

Sepetang di Kiosk











Makan AISKRIM ngan adik2 ku yg comei nie...WAWA & Wa...

Small change make a big different




REUSE, REDUCE, RECYLE



Bulan sibuk ngn Recycle Campaign...dr pelancaran, Jumble SALE hingga ptdgn Rekacipta..


Small change make Large Difference.
Talk dr Encik Fuad, MPSP mmg interesting..open my eyes...SAYANGNYA AKU PD BUMI YG KU DIAMI....
Dr. Hasnah's work as "Dr. Worm" so inspire me..
So Aku nak seru orang diluar sana
Bumi yang didiami kita adalah PINJAMAN dari anakcucu kita
SAYANGILAH..


________________________________________________


Ku cari damai ditengah2 kekusutan, kekalutan & kerakusan kehidupan duniawi hamba-hambaMu

Hanya PadaMu Ya Rabbi

hati ini ingin bertaut selamanya

Jgn biarkan diri ini menentukan segalanya

Ku perlukan bimbinganMu senantiasa

Jgn lepaskan ubun-ubun ini dan hati ini dariMu

Ya Allah


__________________________________________________




Damai Bersama-Mu “Artis ” Chrisye


Aku Termenung Di Bawah Mentari


Di Antara Megahnya Alam Ini


Menikmati Indahnya Kasih-mu


Kurasakan Damainya Hatiku


Sabda-mu Bagai Air Yang MengalirBasahi Panas Terik Di Hatiku


Menerangi Semua Jalanku


Kurasakan Tenteramnya Hatiku


Reff Chrisye;


Jangan Biarkan Damai ini Pergi


Jangan Biarkan Semuanya Berlalu


Hanya Pada-mu TuhanTempatku Berteduh


Dari Semua Kepalsuan Dunia


Bila ku Jauh Dari Diri-mu


Akan Kutempuh Semua Perjalanan


Agar Selalu Ada Dekat-mu


Biar Kurasakan Lembutnya Kasih-mu



2010 First Quarter

So long i m not updating this blog...is't overlook or overloaded with core works & adhocs works?....Latter is the main reason..i think so..like finance people always consider "agency problems". May be.. I think I m. The only medicine to this when we put all our responsibilities & intergrity ONLY for Allah s.w.t. Regardless the situation is, to HIM we should put rely on..

BAHAGIA

Petikan kata-kata Dr. H.M. Tuah Iskandar Al-Haj
dalam Bukunya MEMBINA PERIBADI ANGGUN
tentang BAHAGIA.

"BERUSAHALAH UNTUK BAHAGIA
TETAPI USAH TERLALU MEMBURUNYA
HINGGA MENGORBANKAN SESUATU
YANG TELAH SEDIA MEMBAHAGIAKAN KITA
BAHAGIA DI MATA ORANG,
BUKAN SEMESTINYA
BAHAGIA DI MATA KITA.
LANTARAN UKURAN BAHAGIA
TIDAK PERNAH MENJANJIKAN
DARI APA DAN SIAPA,
MAKA SYUKURILAH
KEHIDUPAN YANG SEDIA ADA.
KITA MELANGKAH
TATKALA BAHAGIA
HANYA BEBERAPA LANGKAH
DI HADAPAN DAN
KITA MENGAMBILNYA
TANPA PERLU MERAMPAS
DARIPADA SESIAPA.
BAHAGIA ADALAH MILIK SETIAP ORANG
YANG TELAH BERSEDIA UNTUK MERASA BAHAGIA."

Rahsia Surah Al-Kausar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan, iaitu:

  1. Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
  2. Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.
  3. Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
  4. Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
  5. Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
  6. Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
  7. Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t . akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.


Perkara yg baik kita amalkan selalu. Waallahualam

(Imam Khalid, Solehah.net)

Asmaul Husna