Hebatnya Anugerah Allah S.W.T

1. Menambahkan level antioxidant semulajadi di dalam tubuh manusia adalah satu cara untuk melanjutkan usia mengikut kajian Saintis AS. (BBC, Friday: 6th May 2005).
2. Kajian sains telah menunjukkan bahawa sukatan tinggi antioxidant memberi kesan yang baik dan dapat mengurangkan 25% bahaya AMD. ( Mengikut Thomas Friberg, MD Profesor of Ophthomology, University of Pittsburgh Pennsylvania. (USA).
3. Menurut Dr. Paul Gold, seorang Profesor Psikologi dari University of Virginia "Manusia dapat mengingati sesuatu perkara dengan lebih baik selepas mereka mengambil madu".
4. Doktor akui khasiat lebah
- Doktor kini diberi kebenaran mengunakan apa yang disifatkan madu perubatan pertama di dunia bagi merawat luka dan jangkitan berdasarkan perubatan tradisional. Doktor di Queensland boleh mempreskripsi dan menggunakan "medihoney" bermula pada 1 mei 2001 dengan madu yang juag digunakan di hospital umum kerajaan.(Berita Harian, Isnin, 16 April 2001).
5. Menurut Dr. Susan Percival dari Jabatan Nutrisi Manusia dan Sains Makanan, Univesiti Florida, Amerika Syarikat madu lebah mengandungi pelbagai kandungan mineral dan vitamin seperti
  • B6
  • Thiamin
  • Miacin
  • Ribotlorina
  • Asid Pontohenic

Madu lebah juga mengandungi zat-zat seperti

  • kalsium
  • zat besi
  • kuprum
  • magnesium
  • phosporus
  • potassium
  • sodium
  • zink

Madu lebah berperanan sebagai antioksida dalam badan manusia yang mampu menghapuskan bahan-bahan radikal yang menjadi penyebab utama kepada penyakit-penyakit kronik.

Kajian terkini membuktikan kandungan madu lebah yang terdiri dari bahan semulajadi pelbagai gula seperti glukos dan fruktos. Ini juga dapat meningkatkan stamina para atlit. (National Board Honey, USA).

6. Dalam satu kajian lain, pakar mikrobiologi Amerika, Richard F. Stier mendapati madu mampu mengubati komposisi yang cedera akibat kebakaran atau luka. Ia juga mampu mengelakkan jangkitan berpunca dari bakteria. (National Board Honey, USA).

7. Cendekiawan perubatan Rom mengunakan madu lebah agar pesakit sukar tidur supaya tenang dan memudahkan pesakit tidur lena. (National Board Honey, USA).

8. Hippocrates, cendekiawan Greek menyanjung tinggi madu lebah dalam keupayaan penyembuhan penyakit. Beliau telah banyak menghasilkan ubat-ubatan berasaskan madu antaranya untuk rawatan sakit kulit, ulser dan sakit tekak. (National Board Honey, USA).

9. Orang Mesir purbakala mengunakan madu lebah sebagai bahan asas merawat pesakit yang terbakar melecur. Madu lebah juga diguna untuk merawat mangsa perang yang luka teruk dan terbakar. (National Board Honey, USA).

10. Kota Bharu, Universiti Sains Malaysia, Prof. Nor Hayati Othman mengumumkan penemuan baru khasiat madu lebah yang didapati boleh mempercepatkan penyembuhan luka dan mengurangkan rasa sakit dan meningkatkan hormon dalam badan wanita.

0 comments:

Asmaul Husna